MIE Honda Racing lanjutkan kontrak Hafizh Syahrin

MIE Honda Racing lanjutkan kontrak Hafizh Syahrin

Pengasas MIE Honda Racing, Midori Moriwaki (kanan) setuju untuk melanjutkan kontrak Hafizh Syahrin (kiri) kekal beraksi untuk pasukan itu dalam saingan WSBK 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Pasukan MIE Honda Racing bersetuju untuk terus melanjutkan khidmat pelumba negara, Hafizh Syahrin untuk bersaing dalam saingan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh pengasas dan juga prinsipal pasukan MIE Honda Racing, Midori Moriwaki menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi pasukan tersebut.

Hafizh melakar sejarah pada tahun ini apabila menjadi pelumba Malaysia pertama beraksi di saingan itu selepas berhijrah daripada Kejohanan Dunia Motogp.

“Sukacitanya saya ingin mengumumkan lanjutan kontrak Hafizh yang membuat penampilan sulungnya pada musim ini akan diteruskan, dan dia telah menunjukkan peningkatan sepanjang perlumbaan pada musim ini,” jelas Moriwaki.

Ini bermakna Hafizh akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba Brazil, Eric Granado yang diumumkan sebagai pelumba baru pasukan itu musim ini.

“Saya sangat gembira untuk terus kekal bersama pasuka MIE Racing Honda, saya tahu bahawa Moriwaki sedang berusaha untuk menyediakan pakej yang lebih kuat untuk musim 2023 supaya saya boleh terus memberikan tumpuan untuk melakukan apa yang saya mampu di dalam litar, berdasarkan pengalaman pada muism lalu untuk cuba menghabiskan setiap perlumbaan dengan mengutip mata.

“Sasaran utama saya adalah untuk menjadi lebih kompetitif dan saya sudah bersedia untuk berusaha lebih keras untuk mencapai sasaran tersebut,” jelas Hafizh yang menduduki tangga ke 23 keseluruhan pada musim ini.

WSBK 2023 bakal membuka tirai 24 Februari tahun hadapan di Litar Philip, Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya