Mbappe akan hancurkan Walker, England – Fofana

Mbappe akan hancurkan Walker, England – Fofana

PEMAIN Perancis yakin mampu menyingkirkan England pada suku akhir Piala Dunia 2022 esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Youssouf Fofana yakin rakan sepasukannya Kylian Mbappe mampu ‘menghancurkan’ Kyle Walker dan England kerana tiada siapa dalam skuad Three Lions menemui cara untuk mematahkan penyerang sensasi itu.

Mbappe sudah meledak lima gol dalam Piala Dunia di Qatar, sekali gus mengumpul sembilan jaringan dalam dua penampilannya hanya pada usia 23 tahun.

Ramai percaya prestasi memberangsangkan itu meletakkan Les Blues sebagai pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2018.

Fofana memberi amaran kepada bek kanan England, Walker yang sebelum ini yakin mengatakan dia boleh merantai Mbappe apabila kedua-duanya bertembung di Stadium Al Bayt esok.

“Sekiranya dia (Walker) tahu bagaimana hendak menghentikan serangan Kylian baguslah tetapi 19 pasukan lain dalam Ligue 1 (Liga Perancis) dan beberapa pasukan Liga Juara-Juara, semua masih mencari ­penyelesaian.

“Kebenaran akan ditunjukkan semasa dalam perlawanan. Seluruh Les Bleus mempunyai ­keyakinan penuh terhadap Kylian.

“Dia sentiasa fokus terhadap apa pasukan dan dirinya sendiri perlu lakukan.

KYLER Walker (kiri) dan Jordan Pickford  bakal menjadi benteng kental England apabila berdepan Perancis. 

“Saya dapatkan rasa dia kini sedang tenang dan dalam masa sama membara,” kata pemain tengah Monaco itu.

Mbappe sebelum ini menggelar Walker sebagai ‘kereta kebal’ yang mampu menjadi penghalang terbesarnya pada saingan suku akhir.

Walker dalam sidang akhbar kelmarin menegaskan dia percaya kepada diri sendiri dan pengalaman pernah bertemu Mbappe sebelum ini untuk mengikat pemain tersebut.

Bintang Manchester City itu berkata, apabila berdepan ­situasi satu lawan satu, dia tahu bagaimana hendak merantai kelajuan Mbappe.

“Saya tahu dan faham apa yang perlu saya lakukan dalam perlawanan itu nanti. Tugas saya sudah pasti menghentikan Mbappe daripada menjaringkan gol.

“Mungkin ia lebih mudah untuk bercakap daripada me­lakukan tetapi saya tidak mahu merendahkan diri sendiri. Saya pernah bermain dengan beliau sebelum ini.

“Saya perlu lebih berhati-hati dan memberi penghormatan sepatutnya kepada Mbappe ­tetapi tidaklah terlalu tinggi sebab dia akan bermain menentang England, kami juga boleh menggugat Perancis,” kata ­Walker, 32. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya