Malaysia tagih 'magis' Pan Gon

Malaysia tagih ‘magis’ Pan Gon

SELEPAS memenangi dua perlawanan pertama dalam Kumpulan B, Malaysia sudah dipersiapkan untuk mencari kemenangan ketiga berturut-turut apabila menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya tidak memiliki rekod baik bertemu Vietnam, namun semua perlawanan itu diharungi ketika pasukan belum diambil alih oleh pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.

Malam ini, Pan Gon akan membimbing Malaysia buat kali pertama untuk menentang pa­sukan terbaik Asia Tenggara itu dalam Piala AFF di Hanoi.

Apa yang menarik, jurulatih berusia 53 tahun itu akan berdepan rakan senegaranya, Park Hang-seo yang sudah lima tahun melatih Vietnam.

Pan Gon sudah membimbing Harimau Malaya dalam 14 perlawanan – menang 10, seri dua dan kalah dua sejak Januari lalu.

Sentuhannya amat serasi dengan Harimau Malaya, termasuk membawa Malaysia layak ke Kejohanan Asia buat kali pertama sejak 43 tahun, Jun lalu.

Selepas menumpaskan Myanmar 1-0 dan Laos 5-0 dalam dua aksi pertama Kumpulan B, sentuhan Pan Gon sekali lagi ditagih untuk membawa Malaysia meraih kemenangan ketiga berturut-turut, sekali gus layak lebih awal ke separuh akhir.

Di atas kertas, Vietnam menjadi pilihan atas beberapa faktor. Pertama, skuad Naga Emas mempunyai rehat ­lebih panjang berbanding Malaysia yang perlu mengharungi tiga perlawanan termasuk dua di tempat lawan dalam tempoh tujuh hari.

Kedua, ranking dunia Vietnam yang juga juara 2008 dan 2018 lebih baik dengan menghuni tangga ke-96, berbanding Harimau Malaya 145 dunia.

Ketiga, rekod pertemuan Malaysia, yang kali terakhir muncul juara pada 2010 dengan ­Vietnam tidak mengujakan apabila kalah dalam empat perlawanan terdahulu.

Kali terakhir Malaysia menang ke atas mereka pada ­Disember 2014 iaitu 4-2 di Hanoi dalam aksi Piala AFF.

“Harimau Malaya telah melalui pelbagai cabaran dan kami tidak gentar dengan sesiapapun yang berada di hadapan,” kata Pan Gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya