Malaysia selesa dahului Kemboja, 3-0

Malaysia selesa dahului Kemboja, 3-0

FAISAL meraikan gol jaringannya dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Malaysia selesa mendahului Kemboja, 3-0 pada 45 minit pertama saingan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Harimau Malaya terhasil menerusi Ketua pasukan, Faisal Halim pada minit ketujuh untuk menewaskan benteng terakhir Kemboja, Hul Kimhuy.

Pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Andrew Tuck menggandakan kelebihan buat Malaysia pada minit ke-37 selepas menyempurnakan gerakan menarik dengan Faisal untuk gol kedua.

Faisal terus membuktikan bisanya selaku peledak apabila menjaringkan gol ketiga buat pasukan dan kedua peribadi pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Terdahulu Kim Pan Gon mempertaruhkan majoriti barisan pemain baharu dalam kesebelasan utama dengan hanya Faisal dianggap pemain senior dalam pasukan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya