DOHA: Tindakan pegawai media Brazil yang melemparkan seekor kucing ke lantai ketika sidang akhbar berlangsung mengejutkan sekumpulan wartawan.
Ketika kejadian itu, pegawai berkenaan berada bersebelahan Vinicius Jr yang sedang menjawab soalan yang diajukan para wartawan.
Vinicius Jr pada mula hanya ketawa ketika melihat seekor kucing melompat ke meja namun, pegawai media berkenaan bertindak di luar kawalan.
Dia mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan mengangkat kucing itu secara kasar dan melemparkannya ke lantai dari meja akhbar.
Pelayar media sosial turut terkejut dengan tindakan pegawai media berkenaan dengan salah seorangnya mempersoalkan kenapa dia melemparkan kucing berkenaan begitu
“Dia tidak seharusnya melemparkan secara sebegitu,” kata seorangan pengguna media sosial.
Yang seterusnya pula berkata: “Kenapa dia mengangkat kucing dengan cara itu… saya harap Brazil tidak menang Piala Dunia sekarang.” – Agensi