Lee Tuck ucap selamat tinggal kepada Sri Pahang

Lee Tuck ucap selamat tinggal kepada Sri Pahang

LEE TUCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Musim 2022 merupakan tahun yang mengujakan tetapi juga amat menyedihkan buat pemain tengah kelahiran England, Lee Tuck.

Tuck dalam Instagramnya hari ini mengesahkan, dengan hati yang sedih dia terpaksa mengumumkan tidak lagi akan menyarung jersi Sri Pahang musim depan.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa minggu selepas dia membuat penampilan bersejarah bersama negara ‘angkatnya’, Malaysia sebagai pemain naturalisasi dan sini sedang bertarung dalam Piala AFF 2022.

“Malangnya masa saya bersama Sri Pahang telah sampai ke penghujungnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang hebat yang saya temui dalam kelab, peminat dan orang lain yang saya temui di negeri yang menakjubkan ini.

“Saya dan keluarga saya pasti sedih untuk berpindah dan walaupun saya ingin bermain lebih banyak perlawanan bersama kelab, saya tahu ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan keindahan adalah dalam cabaran dan pengalaman yang anda dapat kongsikan.

“Saya juga perlu berterima kasih kepada isteri dan anak-anak saya atas kasih sayang dan sokongan positif mereka yang tidak pernah putus,” katanya menerusi status yang penuh emosi.

LEE Tuck mempamer prestasi baik dalam penampilan bersama Harimau Malaya.

Tuck, 34, yang dilahirkan di Halifax, England beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) buat kali pertama bersama Negeri Sembilan pada 2017 sebelum menyertai Terengganu dari 2018 hingga 2020.

Dia berpindah ke Sri Pahang pada 2021 dan dipinjamkan semula ke Terengganu pada tahun sama sebelum kembali ke Pahang.

Sekalipun hanya beraksi 90 minit dalam Piala Malaysia musim ini, Tuck menunjukkan prestasi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya dengan meledak gol pada penampilan sulungnya ketika berdepan Kemboja dan menjaringkan gol kedua dalam aksi persahabatan kedua bertemu Maldives.

Prestasi itu menarik minat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menyenaraikannya dalam skuad 23 pemain ke Piala AFF 2022 yang sedang berlangsung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya