Kenapa penalti? Pengadil cetus kemarahan peminat Malaysia

Kenapa penalti? Pengadil cetus kemarahan peminat Malaysia

INSIDEN yang melibatkan Doan Van Hau dan Azam Azmi Murad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengadil dari Jepun, Ryuji Sato sekali lagi menghantui Malaysia apabila memberikan sepakan penalti kontroversi kepada Vietnam ketika skuad Naga Emas menumpaskan Harimau Malaya 3-0 dalam aksi Piala AFF di Hanoi sebentar tadi.

Tidak cukup dengan memberikan sepakan penalti , Sato turut melayangkan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad yang terlibat dengan insiden itu biarpun keputusan itu menimbulkan tanda tanya.

Dalam insiden itu, Azam dan pemain Vietnam berebut bola di bahagian kanan kawasan Malaysia, sebelum pemain negara terjatuh di luar garisan selepas berlaku tolak menolak dengan pemain tuan rumah.

Mengapa penalti dan kad merah diberikan mencetuskan tanda tanya peminat bola sepak kerana insiden adalah di luarnpadang, malah penonton di Stadium My Dinh juga dilihat seperti tidak memahami apa yang berlaku.

Sato adalah pengadil sama yang membuat keputusan kontroversi pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Harimau Malaya dan Vietnam, Jun lalu.

Dia ketika itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.

Penyokong Malaysia berang dengan pemberian sepakan penalti kepada Vietnam yang dilihat tiada sentuhan berlaku daripada tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan ke ke atas Nguyen Van Toan yang membuat simulasi di dalam kotak penalti sehingga memperdayakan pengadil.

Selepas memenangi dua perlawanan pertama, kekalahan ini menyaksikan kedudukan Malaysia sebagai pendahulu Kumpulan B kini dipintas oleh Vietnam.

Malaysia kini perlu mengalahkan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari ini untuk menamatkan kempen selaku dua pasukan teratas, sekali gus melangkah ke separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya