KBS mahu caj sewa infrastruktur sukan diturunkan

KBS mahu caj sewa infrastruktur sukan diturunkan

HANNAH Yeoh beramah mesra bersama peserta Kejohanan Boling Padang Terbuka Kuala Lumpur di Kompleks Boling Padang Bukit Kiara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu kadar sewa infrastruktur sukan di negara ini dikaji semula bagi memastikan akses kepada kemudahan tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, kadar sewa fasiliti sukan antara isu utama yang dibangkitkan oleh badan-badan sukan kerana caj yang tinggi menyukarkan mereka untuk menganjurkan sebarang kejohanan.

Hannah berkata, perkara itu akan dibincangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak pengurusan fasiliti bagi melihat model yang sesuai untuk digunakan bagi membolehkan kadar sewa dapat diturunkan.

“Semua minta sewa diturunkan kerana susah untuk badan sukan jika sewa terlalu tinggi…Ini adalah satu hasrat saya supaya akses kepada infrastruktur sukan ini perlu terbuka kepada semua rakyat Malaysia

“Saya akan adakan perbincangan dengan pihak berkaitan, selepas kumpul semua maklumat, KBS akan lihat bagaimana nak dapatkan sokongan PBT kerana infrastruktur dipegang oleh PBT selain perlu ada koordinasi dengan kementerian lain

“Apa yang paling pen­ting ialah akses tidak tersekat, maknanya golongan B40 boleh guna. Selain itu, untuk penganjuran kejohanan, penganjur perlu lebih kreatif dengan be­kerjasama dengan banyak untuk turunkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Boling Padang Terbuka Kuala Lumpur Ambang Tahun Baru 2022/2023 di Kompleks Sukan Boling Padang Kuala Lumpur di Bukit Kiara semalam.

Hannah berkata, beliau telah menghadiri empat sesi libat urus bersama atlet dan badan-badan sukan sejak dilantik sebagai menteri.

“Saya hadir perjumpaan bersama 320 atlet di Bukit Jalil dan kemudian badan sukan kebangsaan melibatkan 150 persatuan sukan selain 33 persatuan sukan para.

“Untuk atlet, mereka bangkitkan isu kebajikan selain tidak cukup pendedahan dan mahu lebih banyak pertandi­ngan untuk mendapatkan pengalaman.

“Bagi badan sukan, mereka maklumkan tiada akses kepada infrastruktur dan tiada eksklusif. Contohnya, untuk sukan para, mereka perlu meletakkan penghadang di fasiliti sukan ingin digunakan dan selepas itu perlu alihkan semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN