Karim Benzema umum bersara dari skuad kebangsaan

Karim Benzema umum bersara dari skuad kebangsaan

KARIM BENZEMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyerang Perancis, Karim Benzema mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan sehari selepas pasukan itu tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 kepada Argentina.

Pemenang Ballon d’Or itu pada mulanya disenaraikan penggendali pasukan, Didier Deschamps untuk mengepalai jentera serangan Les Blues, namun terpaksa disisihkan pada saat akhir setelah mengalami kecederaan peha.

Setelah menjalani rawatan pemulihan selama tiga minggu, Benzema dikhabarkan mungkin akan membarisi skuad Perancis menentang Argentina di Stadium Lusail semalam, namun penyerang berusia 35 tahun menolak pelawaan Presiden Perancis, Emmnauel Macron untuk terbang ke Qatar bagi perlawanan akhir itu.

“Saya telah berusaha dan juga mengharungi kesilapan yang telah meletakkan saya berada di tempat saya berdiri hari ini, dan saya bangga dengan semua itu. Saya telah mencoretkan perjalanan hidup saya dan kini ia sudah tiba di penghujungnya,” jelas Benzema menerusi muat naik di laman media sosialnya sebentar tadi.

Sejak bersama skuad Perancis sepanjang 15 tahun ini, Benzema telah pun berjaya meledak 37 gol dalam 97 penampilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya