Kami buktikan bola sepak wujud di Maghribi - Walid

Kami buktikan bola sepak wujud di Maghribi – Walid

WALID Regragui ketika memberi arahan kepadanya pemainnya dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengurus Maghribi, Walid Regragui amat bangga dengan pasukannya biarpun langkah mereka pada Piala Dunia 2022 berakhir di separuh akhir selepas kalah 0-2 kepada Perancis, awal pagi tadi.

Maghribi mengatasi cabaran hebat dua gergasi Eropah, Sepanyol (pusingan 16 akhir) dan Portugal (suku akhir) untuk melangkah peringkat empat terbaik.

Bagaimanapun ‘kuasa’ serangan Perancis, yang turun selaku juara bertahan terlalu ampuh dengan Theo Hernandez dan Randai Kolo Muani menjadi pemusnah apabila meledak kedua-dua jaringan skuad Les Bleus.

Maghribi bagaimanapun sudahpun memahat sejarah dengan layak ke separuh akhir dan kini mengidamkan penamat terbaik apabila berdepan Croatia dalam penentuan tempat ketiga, Sabtu ini.

 

REAKSI pemain Maghribi sejurus selepas kekalahan kepada Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al-Bayt, Al Khor. – AFP

“Perkara paling penting ialah menunjukkan wajah yang baik, menunjukkan bahawa bola sepak di Maghribi wujud dan kami mempunyai penyokong yang hebat.

“Kami memberikan yang terbaik. … (Kekalahan) tidak menghilangkan semua yang kami berikan sebelum ini,” katanya kepada TF1.

Maghribi antara kisah Piala Dunia yang memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia, apatah lagi pencapaian mengejutkan mereka dilakar hanya beberapa bulan selepas bertukar jurulatih.

Walid mengakui, skuad Singa Atlas mungkin memberi peluang kepada beberapa pemain di bangku simpanan untuk merasai pengalaman Piala Dunia apabila berdepan Croatia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya