Justin Hoh juara Cabaran Antarabangsa Malaysia

Justin Hoh juara Cabaran Antarabangsa Malaysia

JUSTIN Hoh (kiri) dan Aidil Sholeh bersama hadiah kemenangan selepas perlawanan akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Justin Hoh merangkul kejuaraan badminton perseorangan lelaki kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia selepas menundukkan Aidil Sholeh Ali Sadikin dalam pertarungan tiga set di Arena Badminton Perak di sini, hari ini.

Tumpas set pertama 18-21, Justin, 18, bangkit dalam baki dua set untuk menafikan pemain pilihan ke-11 kejohanan itu 22-16, 21-17 dalam pertarungan sengit selama 74 minit.

Sementara itu, pasangan Muhammad Haikal Nazri-Nur Izzuddin Rumsani muncul juara beregu lelaki  selepas mengambil masa 32 minit untuk menyingkir rakan senegara, Goh Boon Zhe-Goh Sze Fei 21-17, 21-16.

Turun selaku pilihan kelima kejohanan, Izzuddin beraksi cemerlang untuk menumpaskan bekas rakan beregunya Sze Fei.

Selaku juara, pasangan itu meraih RM8,887.50 manakala sementara Boon Zhe-Sze Fei menerima RM4,275.

Gelaran perseorangan wanita menjadi milik pemain Indonesia, Yulia Yosephine Susanto.

Pemain pilihan kelapan itu bagaimanapun menghadapi tentangan sengit perseorangan  Malaysia, K Lakshanaa sebelum menang 21-16, 21-19 dalam masa 50 minit.

Pasangan pilihan utama dari Singapura, Yuyie Jin-Crystal Wong Jia Ying menepati ramalan apabila mudah memenangi perlawanan dengan pasangan Thailand Ornnicha Jangsathapornparn-Atitaya Povanon 21-12, 21-15.

Gandingan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing muncul juara beregu campuran selepas menundukkan Chen Tan Jie-Toh Ee Wei 28-21,21-15,21-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya