Jangan terlalu yakin akan menang - Messi

Jangan terlalu yakin akan menang – Messi

LIONEL Messi (kanan) menjadi sandaran utama Argentina untuk membawa mereka bukan sahaja ke suku akhir, malah menjuarai Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kapten Argentina, Lionel Messi berkata, mereka silap besar jika menganggap ­sebelah kaki sudah ke suku ­akhir ­Piala Dunia 2022 hanya kerana berdepan pasukan underdog, Australia pada pusingan 16 akhir esok.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menyeru rakan-rakan sepasukan mengambil iktibar daripada kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan, yang menunjukkan sesiapa pun boleh menang di Qatar.

“Sesiapa sahaja boleh me­ngalahkan sesiapa sahaja, semuanya sangat terbuka.

“Kami perlu mempersiapkan pasukan dengan permainan terbaik seperti yang kami lakukan.

“Kami mesti tenang dan mengharungi perlawanan satu demi satu,” kata Messi.

Piala Dunia Qatar 2022 telah menyaksikan beberapa kejutan seperti Jepun menewaskan juara empat kali Jerman 2-1, selain menumbangkan juara 2010, Sepanyol 2-1 dalam aksi terakhir semalam. Arab Saudi menewaskan Argentina pada perlawanan pertama.

Sementara itu, jurulatih ­Argentina, Lionel Scaloni berkata, pasukannya bukan pilihan dalam pertembungan menentang Australia biarpun dibarisi ramai bintang.

“Semua lawan di Qatar sukar. Kami pernah melaluinya ketika menentang Arab Saudi, jadi jika anda fikir Australia mudah, anda silap,” katanya.

Scaloni turut mengecam pe­nganjur kerana Argentina hanya mempunyai dua hari rehat selepas perlawanan terakhir menentang Poland sebelum kembali ke padang esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya