Jangan kutip kad merah, kuning ‘bodoh’ – Trippier

Jangan kutip kad merah, kuning ‘bodoh’ – Trippier

Wayne Rooney pernah dilayangkan kad merah pada Piala Dunia 2006 yang menjadi pemusnah kepada impian England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hampir setiap hari pengurus England, Gareth Southgate mengingatkan pemainnya agar mengelak daripada mengutip kad merah atau kuning ‘bodoh’ yang mampu memusnahkan peluang mereka apabila berdepan Perancis pada suku akhir Piala Dunia 2022 esok.

England pernah dihukum pada Piala Dunia 1998 dan 2006 apabila tersingkir gara-gara David Beckham serta Wayne Rooney dibuang padang ketika itu.

Pada Kejohanan Eropah (Euro) tahun lalu, Phil Foden terlepas aksi pusingan 16 akhir gara-gara mengumpul dua kad kuning ketika menentang Croatia serta Republik Czech di pe­ringkat kumpulan hanya kerana melakukan kekasaran ‘bodoh’.

Southgate tidak mahu ­se­orangpun pemainnya terlepas perlawanan disebabkan kad kuning seandainya England ­layak ke separuh akhir.

 

DAVID Beckham dilayangkan kad merah pada Piala Dunia 1998.

Pertahanan kanan England, Kieran Trippier mendedahkan, hampir setiap hari Southgate akan mengingatkan pasukan pentingnya untuk mengekalkan 11 pemain di atas padang sehingga tamat permainan.

“Adalah penting untuk tidak menerima kad kuning ‘bodoh’ dan pemain terlepas perlawanan penting. Saya rasa kami pasukan yang berdisiplin dan kurang mendapat kad kuning.

“Kami telah bercakap tentang tidak mahu terlepas perlawanan dengan mengambil kad kuning ‘bodoh’ kerana membaling bola atau perkara seperti itu.

“Kad merah pula sama sekali harus dielak kerana ia jelas mampu mengganggu taktikal pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya