Harimau Malaya tidak boleh gagal ke separuh akhir

Harimau Malaya tidak boleh gagal ke separuh akhir

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam sebelum berlepas ke Yangon esok untuk memulakan kempen Piala AFF menentang Myanmar, Rabu ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 dan itu adalah sasaran paling realistik.

Pandangan itu dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir selepas mengambil kira barisan pemain yang menggalas tugas di kejohanan tertinggi ASEAN tersebut.

Jelasnya, secara keseluruhan barisan pemain kali ini hampir keseluruhan adalah ‘muka baharu’ dan daripada dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives menyaksikan benteng pertahanan agak goyah meskipun tidak dibolosi.

“Walaupun pertemuan dengan Kemboja dan Maldives dianggap mudah oleh sesetengah peminat, namun ia bukan satu tugas mudah untuk Kim Pan Gon dan pasukan kejurulatihannya memastikan anak didiknya mengikuti corak permainan yang ingin diterapkan selain mengikut falsafah bola sepak Malaysia.

“Majoriti pemain yang dipanggil kali ini muka baharu dan belum pernah mengikuti latihan di bawah kendalian Pan Gon.

“Namun ada beberapa sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki terutama daripada segi pertahanan kiri dan kanan yang sebelum ini ada Corbin (Ong) dan (Matthew) Davies telah membentuk gandingan cukup baik dah banyak membantu serangan.

“Apa pun barisan pemain yang ada juga memiliki kelebihan masing-masing dan kelemahan sedikit itu masih boleh diperbaiki sebelum kempen Piala AFF bermula. Bagi saya mara ke separuh akhir adalah sasaran realistik untuk pasukan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, bekas pemain Johor itu juga mengakui, Pan Gon perlu berhati-hati dengan elemen kejutan yang bakal ditunjukkan pasukan seperti Vietnam, Singapura dan Myanmar.

“Pasukan yang perlu diberi perhatian dan mungkin ada elemen-elemen kejutan iaitu Vietnam, Singapura dan Myanmar.

“Kita semua tahu pasukan kali ini berbeza dengan pasukan yang berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia tetapi perkara positif adalah Pan Gon mempunyai pemilihan pemain lebih ramai selain mewujudkan saingan lebih kompetitif daripada perebutan tempat,” ujarnya.

Pada Piala AFF nanti, Harimau Malaya diletak dalam Kumpulan B dan akan memulakan saingan dengan bertemu Myanmar di Yangon, pada Rabu depan.

Selepas itu, skuad negara akan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menentang Laos (24 Disember), ke Vietnam pada 27 Disember dan Singapura di SNBJ (3 Januari depan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya