Alvarez, Griezmann 'duri dalam daging'

Griezmann, Alvarez ‘duri dalam daging’

JULIAN Alvarez (kiri) dan Antoine Griezmann.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Final Piala Dunia hari ini bukan sahaja menemukan gergasi dua benua, Argentina (Amerika Selatan) menentang Perancis (Eropah), malah bintang generasi berbeza, Lionel Messi bertemu Kylian Mbappe.

Argentina turun dengan misi menamatkan penantian 36 tahun sejak kali terakhir muncul juara 1986, manakala Perancis mahu menjadi negara pertama selepas Brazil (1958, 1962) menang dua kali berturut turut.

Tidak hanya itu, Messi dan rakan gandingannya di Paris Saint-Germain (PSG) turun dengan misi memburu trofi Kasut Emas, iaitu penjaring terbanyak Piala Dunia 2022.

Kedua-duanya telah meledak lima gol, namun Messi sedikit di depan dalam perebutan Bola Emas (pemain terbaik) kerana telah melakukan tiga umpanan, berbanding dua yang dicipta Mbappe.

Gandingan Mbappe, Antoine Griezmann dan Olivier Giroud mampu memberi masalah kepada skuad La Albiceleste.

Begitupun, Messi dan Argentina sudah bersedia mematahkan serangan balas pantas Les Bleus, malah skuad kendalian Lionel Scaloni memiliki kekuatan menerusi penguasaan bola.

ALVAREZ PELENGKAP MESSI

MESSI telah memenangi segala-galanya di peringkat kelab, malah membantu Argentina menjuarai Copa America 2021.

Gagal menewaskan Perancis hari ini bermakna dia kempunan meraih satu-satunya kejuaraan yang tidak pernah dimenangi, Piala Dunia.

Setakat ini, tiada mana-mana pemain dapat menghentikannya, dan masalah terbesar, dia membentuk kombinasi hebat bersama penyerang yang 13 tahun lebih muda, Julian Alvarez.

Messi ‘genius’ bola sepak yang bijak menguasai padang dari tengah, kanan atau kiri, manakala Alvarez memiliki kepantasan, kelincahan dan paling penting, arif membaca gerakan idolanya.

IKAT MBAPPE TIDAK MEMADAI

KEPANTASAN dan kebijaksanaan Mbappe menjadikan dia igauan ngeri buat semua lawan Perancis.
Mungkin pilihan yang ada untuk menyekat Mbappe adalah seperti mana dilakukan pertahanan England, Kyle Walker pada aksi suku akhir, mengecilkan ruang dia bergerak.

Bagaimanapun, ketika menentang Maghribi, Achraf Hakimi dan Hakim Ziyech mengawal ketat Mbappe tetapi ia telah membuka ruang kepada Theo Hernandez untuk menyerlah.

Jangan dilupa, Perancis juga memiliki Griezmann yang amat gembira dengan peranan baharunya, di mana dia boleh bergerak bebas di tengah padang dan mengatur hantaran serta gerakan dari mana-mana sudut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya