PETALING JAYA: Pemain beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi berharap kesilapan itu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Terdahulu, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh akui terkilan dengan kecuaian pegawainya yang tersilap mendaftarkan nama pemain bagi menyertai Kejohanan Masters Indonesia yang dijadualkan berlangsung 24 hingga 29 Januari depan. Kata Ee Yi, insiden tersebut semestinya memberi kesan kepada rankingnya dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF), ditambah pula dengan hasratnya untuk memenuhi kepadatan jadual sepanjang 2023 bagi mendapatkan slot kelayakan ke Sukan Olimpik 2024. Ujar pemain berusia 29…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya