Drama Ronaldo belum berakhir

Drama Ronaldo belum berakhir

KEHADIRAN Ricardo 'Ricky' Regufe (baju merah) menemani Cristiano Ronaldo dalam kem skuad Piala Dunia Portugal tidak disenangi pemain lain. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Skuad Piala Dunia Portugal dilaporkan kecewa kerana pengurus peribadi Cristiano Ronaldo, Ricardo ‘Ricky’ Regufe dibenarkan menjadi sebahagian rombongan mereka pada Piala Dunia 2022. 

Menurut laporan di Portugal, rakan sepasukan Ronaldo tidak berpuas hati ketika mereka tidak dibenarkan membawa mana-mana tetamu, orang kepercayaan kapten sebaliknya diberikan keistimewaan di Qatar.

Laporan itu timbul beberapa hari selepas Ronaldo diketepikan daripada kesebelasan utama pasukan ketika membenam Switzerland 6-1 pada pusingan 16 terakhir.

Sehari selepas perlawanan tersebut, wujud dakwaan pe­nyerang berusia 37 tahun itu mengancam untuk meninggalkan skuad Piala Dunia Portugal, namun laporan tersebut dinafikan pengurusan pasukan.

Media Portugal, Record kini mendakwa ramai pemain tidak gembira melihat Regufe menjadi sebahagian kumpulan mereka di Qatar, malah diberi akses kepada kemudahan yang disediakan untuk pemain.

Regufe mempunyai hubungan rapat dengan Ronaldo, malah ­sering kelihatan bersama pemain itu setiap kali dia meraikan kemenangan di atas padang.

Regufe, enam tahun lebih tua daripada Ronaldo, menggantung but sebagai pemain bola sepak ketika berusia 21 tahun untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pemasaran sukan sebelum bekerja untuk Nike.

Dia memainkan peranan ­pen­ting buat Ronaldo sejak pemain itu masih remaja.

Pada 2003 dan masih di ­Sporting CP, Regufe membantu Ronaldo menandatangani ­perjanjian lumayan dengan Nike sebelum dia berhijrah ke Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya