Brazil mahu 'menari' sehingga final Piala Dunia

Brazil mahu ‘menari’ sehingga final Piala Dunia

PEMAIN Brazil menari meraikan jaringan mereka ketika menentang Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Vinicius Junior menghantar mesej kepada legenda Brazil, Pele, mereka akan terus ‘menari sehingga final’ selepas membantu skuad Selecao membenam Korea Selatan 4-1 semalam untuk mara ke suku akhir Piala Dunia.

Pele yang pernah menjulang tiga Piala Dunia menitipkan pesanan di media sosial, dia akan menonton aksi kalah mati Brazil menentang Korea Selatan dan mahu menikmati
persembahan pasukan biarpun keadaan kesihatannya merosot.

Vinicius membuka jaringan Brazil, sebelum sepakan penalti Neymar menggandakan kedudukan, manakala Richarlison dan Lucas Paqueta melengkapkan jaringan.

“Kami boleh terus menari sehingga final, dan saya menghantar ‘pelukan hangat’ kepada Pele. Kemenangan ditujukan buatnya, supaya dia dapat keluar dari situasi ini (sakit).

“Saya ingin mengatakan, kami mahu menjadi juara buatnya,” kata Vinicius yang menari bersama rakan-rakan ketika meraikan kemenangan.

PEMAIN memasang kain rentang Pele sebagai penghormatan kepada legenda Brazil itu selepas melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2022. – AFP

Brazil kini akan berdepan Croatia yang menumpaskan Jepun menerusi penentuan sepakan penalti pada suku akhir, Jumaat ini.

Melihat kepada prestasi anak-anak buah Tite, mereka jelas pasukan pilihan untuk menumpaskan Croatia yang berhempas pulas menyingkirkan Jepun menerusi sepakan penalti 3-1 selepas terikat 1-1.

Jika berjaya mengatasi Croatia, Brazil berpotensi berdepan musuh ketat mereka di Amerika Selatan, Argentina atau gergasi Eropah, Belanda pada separuh akhir.

Argentina yang dipimpin Lionel Messi akan membuat perhitungan dengan Belanda, yang mempamer pertahanan ampuh di bawah Virgil van Dijk dalam suku akhir di Lusail, Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya