Berakhirnya era Luka Modric

Berakhirnya era Luka Modric

LUKA Modric (depan) memberi penghormatan kepada penonton di Stadium Lusail, Doha selepas Croatia tumpas 0-3 kepada Argentina pada separuh akhir Piala Dunia 2022 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUSAIL, Qatar: Ketika pasukannya ketinggalan tiga gol kepada Argentina dalam separuh akhir semalam, Luka Modric dibawa keluar pada minit ke-81 dan dia dilihat menarik bajunya ketika berjalan ke garisan tepi padang.

Penyokong Croatia yang berpakaian merah putih menyedari suasana cukup emosi buat Modric ketika itu dan mereka bangun memberi penghormatan kepada pemain tengah bertubuh kecil yang merupakan pemain terhebat negara itu.

Bukan itu sahaja, penyokong Argentina yang riuh di Stadium Lusail juga memberi penghormatan kepada Modric yang mungkin muncul pada Piala Dunia terakhir dalam kariernya.

Digantikan ketika pasukannya ketinggalan tiga gol, ia secara tidak langsung menandakan berakhirnya era Piala Dunia Modric.

Croatia akhirnya tewas kepada Argentina 3-0 di separuh akhir, empat tahun selepas pa­sukan itu kalah kepada Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

ALEXIS Mac Allister (kiri) cuba memujuk Luka Modric. 

Modric kelihatan muram ke­rana dia digantikan oleh Lovro Majer sebelum mengambil tempat duduknya di bangku simpanan dengan tenang.

“Kami hanya mahu kembali ke final tetapi malangnya kami tidak berjaya,” kata Modric.

Modric menjadi pemain berusia 37 tahun kedua yang amat terkenal di Qatar selepas Cristiano Ronaldo.

Modric sebaya dengan bekas rakan sepasukan di Real Madrid, itu dan kedua-dua pemain menghampiri penghujung karier yang sarat dengan trofi.
Ketika Ronaldo mencuri perhatian kerana wawancara kontroversi bersama Piers Morgan menjelang kejohanan, Modric pula membuktikan kemampuan dirinya di atas padang.

Selepas membawa Croatia ke final di Russia, dia sekali lagi menjadi inspirasi kepada 4 juta penduduk negaranya untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia kedua berturut-turut.

Di suku akhir Modric memainkan peranan untuk me­nyingkirkan Brazil dan Neymar.
Begitupun semalam, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang Lionel Messi dan Argentina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya