Barcelona minat 'bawa balik' Messi

Barcelona minat ‘bawa balik’ Messi

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Minat Barcelona untuk membawa Lionel Messi pulang ke pangkuan kelab amat ‘jelas’, kata presiden gergasi bola sepak Sepanyol itu, Joan Laporta.

Messi berhijrah ke Barcelona sejak berusia 13 tahun. Memulakan karier dari akademi kelab, sebelum memasuki pasukan remaja dan akhirnya diserap ke skuad senior.

Karier  gemilang bersama Barcelona membolehkannya memenangi tujuh anugerah Ballon d’Or, malah dia membantu Barca merangkul 10 kejuaraan LaLiga dan empat trofi Liga Juara-Juara sepanjang berada di Camp Nou.

Bagaimanapun, masalah kewangan menyebabkan  gergasi La Liga itu tidak mampu memperbaharui kontrak Messi apabila ia tamat pada 2021, dan Paris Saint-Germain (PSG) berjaya membawanya ke ibu kota Perancis itu dengan perjanjian dua tahun.

LIONEL Messi meraikan kejayaan memenangi Piala Dunia 2022.

Ahad lalu, Messi, 35, menjulang Piala Dunia buat kali pertama bersama Argentina, dan persembahan mengagumkannya di Qatar membolehkannya memenangi Bola Emas kedua, iaitu pemain lelaki pertama berjaya meraih dua anugerah pemain terbaik kejohanan.

PSG dilaporkan mempunyai perjanjian lisan untuk melanjutkan kontraknya yang tamat pada 2023, namun Laporta tidak menyembunyikan hasrat mahu membawa penyerang itu kembali ke Camp Nou.

 

LIONEL MESSI

“Jelas sekali saya mahu dia kembali satu hari nanti. Saya memang mahu, tetapi kami enggan memberi pengharapan besar kepada peminat.

“Sekarang dia pemain PSG dan mempunyai kontrak dengan mereka.

“Apa yang saya cuba elakkan adalah memberi harapan dalam keadaan sukar . Kami sangat berharap dia kembali, tetapi ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat,” kata Laporta kepada BarcaTV. 

Kemenangan Messi dalam Piala Dunia menyaksikan dia menjadi pilihan untuk memenangi anugerah Ballon d’Or kelapan pada 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya