BAM sunting juara dunia, Nova Widianto melatih beregu campuran

BAM sunting juara dunia 2 kali, Nova Widianto perkuat skuad beregu campuran

NOVA WIDIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Spekulasi membabitkan jurulatih Indonesia, Nova Widianto menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya menjadi kenyataan apabila badan induk mengumumkan kemasukan Widianto hari ini.

Nova, 45 tahun mengikat kontrak selama dua tahun bersama BAM dan akan memulakan tugas secara rasmi bermula Januari 2023.

Jaguh Indonesia itu akan bertanggungjawab membentuk semula skuad beregu campuran negara sekaligus mengisi kekosongan yang ditinggalkan Paulus Firman sejak April lalu dan akan melapor secara terus kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Skuad beregu campuran negara amat teruja menerima kehadiran Nova dengan kepakaran dimilikinya untuk membantu para pemain negara.

“Pengetahuan dimiliki Nova dan pengalaman luasnya amat berharga untuk para pemain skuad beregu campuran negara, terutamanya menjelang kelayakan ke Sukan Olimpik yang akan bermula Mei tahun hadapan, ” jelas Rexy.

Nova sebelum ini berkhidmat dengan Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI) sebagai jurulatih beregu campuran pernah membimbing juara All England 2020, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti serta terkini, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.

Ketika dia bergelar pemain, Nova pernah dua kali dinobatkan sebagai juara dunia bersama Liliyana Natsir pada 2005 dan 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya