DOHA: Skuad kendalian Lionel Scaloni akhirnya ditabalkan sebagai juara Piala Dunia setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti
Terdahulu, kedua-dua pasukan beraksi dengan begitu sengit sehingga terikat kedudukan 3-3 sehingga tamat 120 minit perlawanan.
Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah semakin cerah berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.
Kesempatan itu akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan ketika edisi 1986 di Mexico.
Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.