Argentina dahului Perancis 2-0 separuh masa pertama

Argentina dahului Perancis 2-0 separuh masa pertama

Kapten Argentina, Lionel Messi cuba untuk melepasi kawalan penyerang Perancis, Kylian Mbappe dalam aksi final Piala Dunia Qatar 2022. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Skuad Argentina semakin hampir untuk menamatkan penantian 36 tahun mereka apabila mendahului selesa pada separuh masa pertama perlawanan akhir Piala Dunia 2022 Qatar.

Aksi yang berlangsung di Stadium Lusail, Doha menyaksikan anak buah Lionel Scaloni mengasak sejak wisel perlawanan dibunyikan dan usaha mereka berhasil apabila Angel Di Maria dijatuhkan dalam kotak penalti Perancis untuk pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat Albiceleste.

Lionel Messi tidak menghadapi masalah untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke 23.

Gandingan Messi, Di Maria terus berbisa apabila Argentina menggandakan jaringan pada minit ke 36, menerusi satu serangan balas yang memerangkap barisan pertahanan Les Blues, sekaligus menghampakan Hugo Lloris di gawang Perancis buat kali kedua.

Perancis masih mempunyai 45 minit lagi untuk menyamakan kedudukan di babak kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya