Adam mahu sukan ‘bersih’ korupsi

Adam mahu sukan ‘bersih’ korupsi

Timbalan Menteri Belia dan Sukan baharu, Adam Adli Abdul Halim.-IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan baharu, Adam Adli Abdul Halim mahu memastikan semua sukan di dalam negara diberikan perhatian sewajarnya dan dalam masa sama membanteras masalah penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri sukan Malaysia.

Baginya, industri sukan negara akan lebih berkembang maju sekiranya dua perkara tersebut berjaya dibendung.

“Banyak potensi (industri sukan), tapi kena pastikan tidak dianak tiri dan tidak berlaku kerosakan-kerosakan akibat korupsi dan sebagainya. Saya yakin pengamal media yang cover sukan tahu sangat masalah ini.

“Ia sebenarnya bukan masalah prestasi atlet. Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa pulang emas untuk negara dan juga yang hampir ke kejohanan antarabangsa.

“Tetapi selalunya bila kita pergi lebih dalam, selalunya banyak masalah korupsi. Jadi kita perlu menangani masalah ini,” jelas Adam ketika melaporkan diri di KBS, Putrajaya semalam.

Terdahulu, arena sukan tempatan dikejutkan dengan isu pecah amanah membabitkan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) dengan nilai difahamkan hampir mencecah RM2 juta.

Justeru pihaknya akan meneliti isu yang dihadapi persatuan sukan dan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

“Saya percaya itu (masalah-masalah persatuan sukan) memang akan diteliti kerana kita dalam proses transisi.

“Ini dasar keseluruhan kerajaan yang mana adalah untuk perbaiki yang lama dan pastikan ke hadapan nanti tiada kerosakan yang berlaku selepas ini dalam konteks KBS yang mana akan menjejaskan prestasi sukan dan perkembangan golongan belia,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya