210,000 tandatangani petisyen mahu final Piala Dunia 2022 diulang

210,000 tandatangani petisyen mahu final Piala Dunia 2022 diulang

LIONEL Messi (tengah) menjulang Piala Dunia bersama rakan-rakan sepasukan selepas Argentina menumpaskan Perancis dalam final di Doha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 210,000 orang telah menandatangani petisyen meminta agar perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dimainkan semula.

Argentina dinobatkan sebagai juara di Qatar, Ahad lalu menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 3-3 dalam aksi mendebarkan di Stadium Lusail dalam perlawanan yang memahat beberapa sejarah.

Kylian Mbappe menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik dalam perlawanan ­akhir Piala Dunia sejak Sir Geoff Hurst pada 1966, namun Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Terbaik.

Ketika Argentina masih me­raikan kejayaan menjulang trofi pertama selepas 36 tahun, sebuah laman web Perancis, ­MesOpinions meminta perlawanan ulangan diadakan.

Asas untuk petisyen pertama tertumpu kepada gol pembukaan Messi, penalti disempurnakan selepas Ousmane Dembele mengasari Angel Di Maria pada separuh masa pertama.

Ousmane Dembele mengasari Angel Di Maria untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Argentina.

Mereka yang mahukan perlawanan ulangan menegaskan pengadil, Szymon Marciniak tersilap memberi pe­nalti, selain turut mendakwa Mbappe telah dikasari ketika Di Maria menja­ringkan gol kedua Argentina.

Argentina menewaskan Pe­rancis dalam serangan balas yang mendebarkan, dengan Alexis Mac Allister melakukan hantaran untuk Di Maria menjaringkan gol.

Walaupun Perancis bangkit hasil jaringan berganda Mbappe, namun Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal dalam penentuan sepakan pe­nalti untuk menobatkan juara Argentina buat kali ketiga.

PEMAIN simpanan Argentina menyerbu ke dalam padang sebelum gol dihasilkan.

Sebilangan di Perancis juga merasakan bahawa gol kedua Messi pada masa tambahan tidak sepatutnya kekal kerana terdapat pemain gantian yang menceroboh ke dalam padang sebelum bola masuk untuk ­meraikan gol.

Petisyen dalam bola sepak bukanlah perkara baharu.

Pada Ogos lalu, penyokong Chelsea melancarkan lara­ngan terhadap Anthony Taylor daripada me­ngadili perlawanan mereka selepas keputusan seri 2-2 dengan Tottenham yang kontroversi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya