2 gol Mbappe heret Argentina ke masa tambahan

2 gol Mbappe heret Argentina ke masa tambahan

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail, Doha. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perancis tidak rela menyerahkan takhta gelaran juara Piala Dunia 2022 kepada Argentina apabila bangkit mengheret Albiceleste ke masa tambahan.

Argentina bermula dengan baik apabila Lionel Messi dan Angel Di Maria meletakkan pasukan itu selesa di hadapan pada babak pertama.

Perancis yang ditekan membuat beberapa pertukaran antaranya mengeluarkan Oliver Giroud dan Atoine Griezman.

Perubahan strategi membuahkan hasil buat Perancis apabila Argentina diasak hebat sehingga pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Perancis selepas Nicolas Otamendi menjatuhkan Kolo Muani.

Kylian Mbappe yang dipertanggungjawabkan dengan amanah itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Emilio Martinez pada minit ke 80.

Dua minit berselang, Perancis semakin ghairah melancarkan serangan ke kubu Argentina, dan menerusi satu serangan balas Kylian Mbappe melakukan rembatan voli untuk menewaskan Martinez sekali lagi bagi menyamakan kedudukan menjadi 2-2.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat 90 minit perlawanan masa sebenar dan kini mereka beraksi di masa tambahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya