1,500 dibayar jadi ‘Ultras Qatar’

1,500 dibayar jadi ‘Ultras Qatar’

ANTARA ‘Ultras Qatar’ yang dibawa untuk menaikkan semangat pasukan tuan rumah sepanjang kempen Piala Dunia 2022. - THE SUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Tuan rumah Qatar dikatakan mengupah 1,500 peminat dari negara lain untuk membentuk ‘Ultras Qatar’ dan menyokong pasukan mereka pada Piala Dunia 2022.

Dalam semua perlawanan melibatkan tuan rumah itu, penyokong dilihat begitu bersemangat berkumpul di satu sudut stadium dan memakai baju merah maroon dengan tulisan ‘Qatar’ di bahagian hadapan.

Usaha itu bagaima­napun tidak mencukupi kerana Qatar menjadi negara pertama ter­singkir pada Piala Dunia 2022 selepas kalah dalam dua perlawanan pertama, selain tewas 0-2 kepada Belanda dalam aksi terakhir Kumpulan A semalam.

Menurut akhbar The Sun, ‘penyokong’ Qatar itu dibayar untuk datang dari negara lain dan memberikan suasana yang meriah ketika aksi pasukan tuan rumah.

Kira-kira 1,500 orang peminat diterbangkan dari Lebanon, Mesir, Algeria dan Syria. Mereka diberikan penginapan percuma, makanan dan tiket perlawanan selain turut dibayar untuk menghadiri perlawanan.

Mereka dilaporkan tiba seawal pertengahan Oktober untuk berlatih nyanyian dan mempelajari lagu kebangsaan Qatar dalam usaha meniru ‘budaya ultras’ yang dilihat di seluruh negara Eropah.

Seorang Ultras Lebanon yang enggan mendedahkan namanya berkata, wang bukanlah faktor pendorong untuk peminat ­yang telah diterbangkan bagi menyokong negara tuan rumah.

“Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyokong negara Arab.

“Kami berkongsi bahasa yang sama. Kami berkongsi budaya yang sama. Kami mahu me­nunjukkan kepada dunia sesuatu yang istimewa.

“Anda melihat sesuatu yang istimewa sepanjang kejohanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya