Zii Jia kembali ke gelanggang

Zii Jia kembali ke gelanggang

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia bakal kembali ke gelanggang berentap dalam kejohanan badminton Terbuka Australia yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 November depan.

Perkara itu disahkan pengurusnya, Lee Zii Yii yang menjelaskan Zii Jia kini giat berlatih dan pemburuan gelaran keduanya tahun ini selepas cemerlang menawan Terbuka Thailand.

Zii Jia terpaksa menarik diri pada Terbuka Hylo, Jerman pada awal bulan ini kerana mendapat perkhabaran mendukacitakan mengenai pemergian datuk tercinta.

Pemain berusia 24 itu hampir lagi menambah koleksi kejuaraan di Terbuka Denmark sebelum akur dengan kehebatan pemain China Shi Yuqi dalam perlawanan akhir, kemudian dikejutkan Shesar Rhustavito di pusingan pertama Terbuka Pe­rancis.

“Semuanya sudah dimukatamadkan bahawa Zii Jia akan menyertai Terbuka Australia, dia akan berusaha sebaik mungkin dan kita harap akan ada keputusan yang bagus hadir dari sana,” jelas Zii yii ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

 

Dalam pada itu, kegusaran tetap wujud dalam kem badminton negara apabila beberapa pemain dan jurulatih masih belum pelepasan visa untuk memasuki Australia.

Antaranya Ng Tze Yong yang diletakkan harapan besar di kejohanan itu dalam usaha menaik­kan mata ranking ke kelompok 32 terbaik dunia.

Sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan, itu akan memberi kesukaran buat Tze Yong untuk ­beraksi di Terbuka Malaysia, Januari nanti memandangkan kejohanan itu sudah pun dinaikkan ke Super 1,000, yang me­nyaksikan hanya 32 pemain terbaik dunia layak beraksi.

“Kita ada pelan sokongan jika Tze Yong tidak dapat pergi ke Terbuka Australia, iaitu kejohanan IC (Cabaran Antarabangsa) di Bahrain. Belum ada sebarang keputusan (permohonan visa), kita cuba yang terbaik sahaja.

“Saya fikir situasi ini mungkin disebabkan faktor lain selepas Covid. Sebelum ini agak senang kerana permohonan dibuat secara atas talian, namun sekarang mereka perlukan cap jari, jadi kita perlu akur,” jelas pengarah kejurulatihan perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya