Wags dinasihat berpakaian sopan

WAGs dinasihat berpakaian sopan

ISTERI dan pemain bola sepak England dinasihatkan memakai pakaian sopan sepanjang Piala Dunia 2022 bagi menghormati budaya Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: WAGs (isteri dan teman wanita pemain bola sepak) England diarah untuk tidak memakai skirt pendek dan baju berpotongan pendek semasa menonton perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu akhirnya tiba dengan kedatangan penonton dari seluruh dunia yang sedang bersiap sedia memberi sorakan kepada pasukan pilihan mereka.

Bagaimanapun, undang-undang ketat di Doha menandakan, penyokong yang hadir perlu dan dinasihatkan  menjaga tingkah laku, termasuk gaya mereka berpakaian.

Beberapa isteri dan teman wanita skuad England telah menerima nasihat untuk tidak memakai pakaian tertentu, seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

Skirt pendek, baju berpotongan pendek, seluar pendek ketat dan skirt yang terdedah antara pakaian yang ditegah dan WAGs dinasihatkan untuk berpakaian sopan sepanjang berada di sana.

Laporan turut mengatakan bahawa penggaya peribadi, Connie Jones, 31, telah bercakap dengan pasangan Luke Shaw-Anouska Santos, pasangan John Stones-Liv Naylor dan tunang Marcus Rashford, Lucia Loi tentang tatacara berpakaian di Qatar.

Ketiga-tiga wanita itu akan membawa pakaian, solekan dan barang kemas daripada syarikat Jones Connie Personal Shopping Company yang dikendalikannya sendiri di Manchester.

Jurugaya itu dilaporkan turut menasihati WAGs untuk mempertimbangkan memakai selendang bagi membantu mereka menutup bentuk badan.

Bagaimanapun, tradisi WAGs adalah memakai jersi bola sepak dengan nama pasangan di belakang dibenarkan.

Semua pasangan pemain Three Lions itu akan menghabiskan banyak masa mereka di Qatar dalam kapal persiaran mewah bernilai 1 bilion pound (RM5.413 bilion).

Isteri dan teman wanita pemain bola sepak akan menjadi antara 6,762 tetamu di atas MSC World Europa yang serba baharu dengan pakej lima bintang, di mana kapal itu berlabuh di luar pantai Doha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya