Tonik terbaik ke Piala Dunia

Tonik terbaik ke Piala Dunia

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh kelmarin untuk muncul juara buat kali pertama sejak 1983. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kejayaan Speedy Tigers muncul juara hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama bukan sahaja menggembirakan rakyat Malaysia, malah hadir tepat pada masanya ketika Malaysia mencari tonik terbaik bagi menaikkan keyakinan menjelang Piala Dunia 2023.

Kelmarin, anak-anak buah Arul Selvaraj menamatkan penan­tian 39 tahun untuk me­rangkul kejuaraan selepas me­numpaskan juara Asia, Korea Selatan 3-2 dalam aksi sengit dan mendebarkan di Ipoh.

Bagi Arul, semangat seperti inilah yang mahu dilihat daripada anak-anak buahnya sebelum beraksi di pentas lebih besar, Piala Dunia di India, Januari tahun depan.

“Inilah semangat juang yang saya harapkan daripada pemain mulai sekarang. Kemenangan ini adalah rangsangan besar menjelang Piala Dunia pada Januari,” kata Arul.

Pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi pula mahu pemain meneruskan semangat hebat itu apabila bersaing di Bhubaneswar, India dari 13 hingga 29 Januari tahun depan.

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bersama pemain Malaysia meraikan kejayaan skuad negara muncul juara Piala Sultan Azlan Shah kelmarin. 

“Ini adalah pemain yang boleh kita percayai (menggalas cabaran Malaysia). Mereka ­berhak untuk memasang impian lebih besar.

“Dengan mencipta sesuatu yang istimewa malam ini, mereka telah menerima rangsangan besar pada masa hadapan.

“Kami mahu mengekalkan semangat juang ini dalam Piala Negara-Negara dan Piala Dunia di mana persaingan akan menjadi lebih sengit,” kata legenda hoki negara itu de­ngan penuh emosi.

Malaysia akan berentap pada Piala Negara-Negara di ­Potchefstroom, Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 ­Disember depan sebelum fokus beralih sepenuhnya kepada misi melakar kejutan dalam Piala ­Dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya