Tak penting siapa jaringkan gol, janji menang - Fernandes

Tak penting siapa jaringkan gol, janji menang – Fernandes

Gol pembukaan Portugal pada mulanya diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang kelihatan seperti menyambut hantaran Fernandes tetapi FIFA akhirnya memberikan jaringan itu kepada Fernandes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Bruno Fernandes menegaskan, siapa pun yang menjaringkan gol tidak penting selepas bintang tengah Portugal itu dianugerahkan jaringan pembukaan pasukannya ketika menumpaskan Uruguay 2-0, sekali gus mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022, awal pagi tadi.

Gol pembukaan Portugal pada mulanya diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang kelihatan seperti menyambut hantaran Fernandes pada minit ke-54 tetapi campur tangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya memberikan jaringan itu kepada pemain tengah Manchester United tersebut.

Fernandes kemudian melengkapkan kemenangan 2-0 menerusi sepakan penalti di hujung permainan,  sekali gus memastikan Portugal mengharungi kempen terakhir Kumpulan H menentang Korea Selatan, Jumaat ini dengan lebih tenang.

 

CRISTIANO Ronaldo meraikan gol pembukaan Portugal.

Di media sosial, peminat menyelar Ronaldo kerana cara dia meraikan jaringan seolah-olah dia yang meledak gol pertama, sedangkan pemain itu langsung tidak menyentuh bola.

“Saya rasa tidak penting siapa yang menjadi penjaring ketika ini. Saya menganggap Cristiano telah menyentuh bola itu kerana saya melakukan hantaran kepadanya.

“Apa yang penting ialah kami mara ke pusingan seterusnya menerusi kemenangan ke atas lawan yang sukar.

“Keutamaan kami adalah menjuarai Kumpulan H, termasuk memenangi perlawanan seterusnya. Ia membolehkan kami melepasi peringkat kumpulan tanpa kalah dan meraih tiga kemenangan. Itulah yang kami idamkan,” kata Fernandes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya