Skuad Padang Pasir kawal keselamatan England

Skuad Padang Pasir kawal keselamatan England

ANGGOTA polis menaiki unta yang dikenali sebagai Skuad Padang Pasir mengawasi keselamatan England dalam kempen Piala Dunia 2022 di Doha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Anggota keselamatan elit Qatar melakukan kawalan ketat di sekitar hotel penginapan skuad Piala Dunia England dengan menunggang unta selepas pasukan itu dikatakan menerima ancaman daripada pembunuh upahan Iran.

‘Skuad Padang Pasir’ yang terdiri daripada 14 anggota dilihat membuat rondaan di sekitar hotel, sementara pemain diarah ‘bersembunyi’ dalam bangunan.

Polis berjubah putih tradisio­nal dengan unta meronda di sekitar pantai dan menutup jalan menuju Hotel Souk Al Wakra, malah mengawal semua pintu masuk sejak malam semalam.

Tindakan itu dibuat selepas ketua perisik mendedahkan bahawa pembunuh upahan dari Iran, iaitu pasukan lawan yang akan bertemu England esok cuba untuk membunuh serta menculik 10 warga Britain tahun ini.

DOHA, QATAR – NOVEMBER 17: A general view during an England training session at Al Wakrah Stadium on November 17, 2022 in Doha, Qatar. (Photo by Eddie Keogh – The FA/The FA via Getty Images)

Ketua MI5, Ken McCallum menyifatkan, perkara itu sebagai “aktiviti yang sama sekali tidak boleh diterima”.

Kelmarin, Pejabat Luar Ne­geri Iran telah menasihatkan rakyat Britain supaya tidak pergi ke negara itu.

Peranan polis itu sama seperti pasukan keselamatan yang digunakan bagi mengawal Istana Tamim Al Thani, milik Emir Qatar dan sama seperti pengawal di Istana Buckingham yang turut menjadi tarikan pelancong yang popular di Britain.

England akan menentang Iran buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa di Qatar.’

Sementara itu, biarpun dianggap pasukan pilihan dan popular, skuad Three Lions berdepan prospek bermain dalam stadium ‘hampir kosong’.

Biarpun Stadium Khalifa antara venue terkecil Piala Dunia dengan 40,000 kapasiti, namun penganjur sukar menjual tiket.

Qatar menjangkakan hanya 3,000 dan 4,000 penyokong England pergi ke Qatar sepanjang peringkat kumpulan.

Ketua Persatuan Penyokong Bola Sepak England, Ashley Brown berkata, peminat England tidak akan melakukan perjalanan sama dengan Piala Dunia 2018 di Russia

kerana ­faktor dokumen dan kebimbangan keselamatan.

“Kehadiran penyokong England kali ini tidak seramai dulu kerana ia melibatkan kos mahal, di luar cuti sekolah dan faktor keselamatan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya