Senegal luluh tanpa Mane

Senegal luluh tanpa Mane

SADIO Mane disahkan terkeluar daripada Piala Dunia 2022 kerana tidak sempat sembuh daripada kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Senegal cuba bertenang terpaksa mengharungi kempen Piala Dunia 2022 tanpa ‘nadi’ pasukan, Sadio Mane, namun berita bintang Bayern Munich itu digugurkan kerana kece­deraan meluluhkan hati bukan sahaja pasukan, malah seluruh negara.

Semalam, Bayern mengesahkan penyerang berusia 30 tahun itu terpaksa melupakan Piala Dunia selepas menjalani pembedahan susulan kecederaan yang dialami.

“Sadio Mane menjalani pembedahan di Innsbruk, Austria pada Khamis (kelmarin) bagi menyambung tendon di kepala tulang fibula kanannya susulan kecederaan yang dialami ketika aksi Bundesliga pada 8 November lalu.

“Disebabkan itu, Mane tidak lagi boleh bermain untuk Se­negal dalam Piala Dunia dan akan memulakan proses pemulihan di Munich beberapa hari akan datang,” ujar Bayern dalam satu kenyataan yang meruntun jiwa seluruh penyokong Senegal.

SADIO Mane disahkan terkeluar daripada Piala Dunia 2022 kerana tidak sempat sembuh daripada kecederaan.

Di media sosial, peminat me­nyuarakan rasa terkejut, sedih dan bersimpati kerana masih meletakkan harapan dia mampu ­beraksi biarpun sejak awal lagi sedar situasi Mane adalah 50-50.

“Musnah sama sekali. Senegal telah mengesahkan bahawa Sadio Mane akan terlepas Piala Dunia,” tulis pemilik akaun ­DaveOCKOP di Twitter.

“Sungguh tamparan yang me­nyedihkan untuk Sadio Mane, Senegal dan Piala Dunia,” tulis John Bennett.

“Amat menyedihkan anda tidak akan mewakili negara anda dan benua secara keseluruhan di Qatar. Kembali lebih kuat bro Sadio Mane,” kata Bryan langat.

“Berita yang sangat menyedihkan untuk Sadio Mane dan kehilangan besar buat Senegal.

“Saya akan membuat liputan aksi pembukaan Senegal menentang Belanda dan prospek Mane berdepan VVD (Virgil van Dijk) membuatkan saya amat teruja sejak beberapa minggu lalu. Sungguh malang,” tulis wartawan England, Emma Sanders.

Senegal yang tiba di Qatar pada Ahad lalu akan memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang Belanda, Isnin ini sebelum bertemu tuan rumah dan Ecuador. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya