Selangor mahu tamatkan kemarau dua dekad

Selangor mahu tamatkan kemarau dua dekad

BARISAN pemain Selangor yang tekad menamatkan penantian 26 tahun kemarau menjulang kejuaraan PERR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kali terakhir menjulang Piala Emas Raja-Raja (PERR) pada 1997 dan kini Selangor berpeluang menamatkan kemarau 25 tahun apabila berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pentas final di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini.

Keyakinan ini disuarakan pengurus pasukan Selangor,  Saharom Mohni berdasarkan barisan pemain muda di bawah kendalian Shaiful Nizam yang mampu mempamerkan magis dalam aksi yang dijangkakan sengit itu.

“Kita sudah melalui jalan yang sukar dalam kelompok ini, namun rentak permainan semakin baik apabila menang di peringkat separuh akhir ketika menentang Kelantan. 

“Sudah semestinya kami mahu menamatkan penantian untuk edisi kali ini. Pemain pemain bebas daripada kecederaan, tiada tekad lain selain menjadi juara,” katanya.

Kali terakhir, Selangor meraih kejuaraan adalah pada 1996, manakala PDRM pula melangkah ke final pada 2006. 

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd. Firdaus Mohamed, PERR edisi ke-100 sangat menarik apabila beberapa pemain muda negara telah diintai untuk diserap bagi bermain dalam Liga Super, Liga Simpanan dan Piala Presiden. 

Beliau turut berharap aksi final edisi kali ini mendapat sokongan sewajarnya dari peminat bola sepak tempatan, apabila pertembungan itu pastinya menjanjikan aksi pertarungan yang menarik. 

“Memang ada pemain yang sudah diintai dari kelab lain jadi memang bagus saingan PEER, kerana kita mengetengahkan bakat sedia ada. Saya difahamkan banyak bakat telah dilamar pasukan contohnya pemain dari Kelantan dan Penang,” katanya.

Juara PERR 2022 yang memasuki edisi ke-100 akan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan syiling emas kepada pemain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya