BUENO AIRES: Pengurus Argentina, Lionel Scaloni dikritik hebat oleh peminat bola sepak negaranya kerana melakukan kesalahan besar tidak menurunkan pertahanan kental Manchester United, Lisandro Martinez dalam kesebelasan utama ketika dimalukan 1-2 oleh Arab Saudi pada aksi pembukaan Piala Dunia, sebentar tadi.
Martinez yang mempunyai 10 kap bersama skuad kebangsaan menampilkan aksi cemerlang bersama Red Devils sejak berpindah dari Ajax Amsterdam musim panas lalu, sekali gus antara tonggak utama di bawah percaturan pengurus United, Erik ten Hag.
Bagaimanapun Scaloni mengambil keputusanmenurunkan pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi untuk bergandingan dengan pemain Tottenham, Christian Romero di benteng pertahanan Albicelestes.
The link-up between these two 🔥🔗#ARG | #FIFAWorldCup pic.twitter.com/E9BALTj0Eb
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 22, 2022
Peminat Argentina menyifatkan pemilihan tersebut sebagai satu jenayah dan tidak kurang menyifatkan Scaloni sudah hilang akal dengan keputusannya itu.
Percaturan Scaloni memakan diri setelah Argentina yang mendahului permainan di separuh masa pertama menerusi penalti Lionel Messi akhirnya bolos pada babak kedua dalam tempoh lima minit menerusi jaringan Saleh Al Shehri dan Salem Aldawsari.
Penggendali berusia 44 tahun itu akhirnya akur untuk memasukan Martinez, namun ia sudah terlambat untuk menghalang Arab Saudi meraih tiga mata dalam aksi pembukaan Kumpulan C, dan menamatkan rekod tanpa kalah 36 perlawanan yang dimiliki Argentina sebelum ini. – AGENSI