Sakai, Tomiyasu resahkan Jepun

Sakai, Tomiyasu resahkan Jepun

Takehiro Tomiyasu berlatih seperti biasa, namun belum pasti dapat diturunkan menentang Costa Rica hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Selepas melakar kejutan ke atas juara empat kali, Jerman dalam aksi pertama Piala Dunia Rabu lalu, Jepun berdepan kebimbangan apabila bertemu Costa Rica hari ini selepas nasib dua tonggak pertahanan, Takehiro Tomiyasu dan Hiroki Sakai tidak menentu.

Tomiyasu mencipta impak apabila dimasukkan sebagai gantian ketika skuad Samurai Biru bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mengejutkan Jerman 2-1 dalam saingan Kumpulan E.

Begitupun, pemain berusia 24 tahun itu kembali dihimpit masalah paha kanan, kecederaan yang menyebabkan dia terlepas dua perlawanan terakhir bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Lebih meresahkan Jepun, bek kanan berpengalaman, Sakai juga belum pasti dapat diturunkan kerana baru pulih daripada masalah hamstring.

HIROKI Sakai menahan sakit selepas dikasari pemain lawan ketika menentang Jerman. – AFP

Menurut Kyodo News, Sakai, 31, mengalamikecederaan pada malam sebelum perlawanan menentang Jerman, manakala Tomiyasu cedera sejurus tamat saingan.

“Saya percaya, kecederaan yang dialami tidak begitu teruk dan bersedia diturunkan dalam perlawanan menentang Costa Rica.

“Apa pun, semua terserah kepada jurulatih serta pasukan perubatan,” kata Sakai, tonggak
Urawa Red Diamonds.

Dalam aksi pertama, Sakai telah digantikan pada minit ke-75, iaitu selepas Jepun menyamakan kedudukan 1-1 dan sejak itu dia tidak menjalani latihan.

Kata Sakai, dia telah melupakan kemenangan ke atas Jerman dan memberi tumpuan untuk mengalahkan Costa Rica. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya