Ronaldo tidak menyentuh bola gol pertama Portugal - FIFA, Adidas

Ronaldo tidak menyentuh bola gol pertama Portugal – FIFA, Adidas

CRISTIANO Ronaldo kelihatan seperti menanduk bola tetapi ia tidak mengenai kelapanya dan gol pertama Portugal diberikan kepada Bruno Fernandes. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Cristiano Ronaldo tidak menyentuh bola untuk gol pembukaan Portugal ketika menumpaskan Uruguay 2-0 dalam aksi Piala Dunia 2022 semalam, menurut Adidas dan FIFA dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Ronaldo menyangkakan dia telah memecah kebuntuan pada minit ke-54 apabila menanduk hantaran lintang Bruno Fernandes tetapi dengan rakaman yang tidak meyakinkan, gol itu diberikan kepada Fernandes.

Badan bola sepak dunia, FIFA dalam satu kenyataan bersama pengeluar bola rasmi Piala Dunia 2022, Adidas telah mengesahkan hasil analisis pada sensor di dalam bola yang digunakan.

“Dalam perlawanan antara Portugal dan Uruguay, Teknologi Bola Terhubung ditempatkan dalam bola rasmi Al Rihla Adidas, kami secara pasti tidak dapat menunjukkan sebarang sentuhan pada bola daripada Cristiano Ronaldo untuk gol pembukaan.

“Tiada daya luaran pada bola boleh diukur seperti yang ditunjukkan berikutan kekurangan ‘degupan jantung’ dalam pengukuran kami dan dalam grafik yang dilampirkan.

“Sensor deria IMU 500Hz di dalam bola membolehkan kami sangat tepat dalam analisis kami,” kata kenyataan itu.

Jaringan tersebut yang diberikan kepada Fernandes menimbulkan pertikaian ramai kerana Ronaldo dilihat seperti menanduk bola sebelum ia menerjah gawang Uruguay.

Fernandes ketika mengulas mengenai perkara itu merasakan gol tersebut sepatutnya diberikan kepada Ronaldo.

“Perasaan saya ketika itu ialah Cristiano menyentuh bola. Saya menghantar bola kepadanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya