Rachel tempah slot separuh akhir Terbuka Malaysia

Rachel tempah slot separuh akhir Terbuka Malaysia

RACHEL ARNOLD (depan) mempamerkan persembahan agresif untuk mengetepikan Nadine Shahin pada suku akhir Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita Malaysia, Rachel Arnold menebus kehampaan rakan senegara, Aifa Azman apabila mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Nadine Shahin dari Mesir pada peringkat lapan terbaik Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur yang menghuni ranking ke-26 dunia itu akhirnya berjaya membuang badi kekalahan ke atas Nadine apabila melakar kemenangan 6-11, 11-1, 11-9, 11-9 dalam masa 36 minit.

Rachel, 26, yang tidak pernah menang ke atas pemain No.23 dunia, Nadine akhirnya berjaya mengatasi badi kekalahan tersebut dan sekali gus, mencatat pertembungan dengan pemain No. 14 dunia, Nele Gilis yang menundukkan Aifa dalam satu lagi suku akhir.

Gilis yang berasal dari Belgium itu menundukkan pemain muda negara berusia 21 tahun tersebut 9-11, 4-11, 2-11 dalam masa 32 minit.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir, Rachel berkata, dia hilang fokus pada awal permainan sehingga lawannya itu berjaya memanfaatkan kesempatan ke atasnya.

“Dalam game pertama saya bermain sangat pasif, jadi, Yow (Ng Eain Yow) menegur saya agar mengubah rentak permainan kepada lebih agresif.

“Saya terima nasihatnya dan berjaya mengubah permainan saya. Saya bangga dengan persembahan saya hari ini, harap dapat masuk final,” katanya.

Menurut Rachel, sebelum ini, dia kalah sebanyak tiga kali di tangan Nadine dan akhirnya berjaya menumpaskan pemain berusia 25 tahun itu dalam percubaannya yang keempat.

Mengulas pula mengenai pencabarnya pada separuh akhir, esok, Rachel memberitahu, dia pernah tewas kepada Gilis pada Terbuka Britain 0-3, tahun lalu.

“Saya jangkakan perlawanan, esok, sangat sukar. Gilis seorang pemain yang sangat cergas dan memiliki fizikal yang bagus,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya