Qatar tersingkir dari Piala Dunia hanya selepas dua perlawanan

Qatar tersingkir dari Piala Dunia hanya selepas dua perlawanan

REAKSI pemain Qatar dan Senegal sejurus tamat perlawanan Kumpulan A di Stadium Al-Thumama, Doha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Qatar memahat sejarah sebagai tuan rumah pertama tersingkir dari Piala Dunia hanya selepas dua perlawanan, rekod buruk yang tidak terlalu membimbangkan pengurus mereka, Felix Sanchez.

Keputusan seri 1-1 Ecuador dengan Belanda melenyapkan impian Qatar hanya beberapa jam selepas tewas 1-3 kepada Senegal.

Qatar muncul pasukan tuan rumah kedua tersingkir di peringkat kumpulan selepas Afrika Selatan pada 2010, namun yang pertama dalam sejarah 92 tahun tersingkir hanya selepas dua perlawanan.

Sanchez bagaimanapun percaya bola sepak akan terus membangun di Qatar walaupun berdepan kekecewaan dan menyasarkan untuk kembali ke kejohanan terbesar dunia itu.

PENYERANG Qatar, Almoez Ali (tengah) bersalaman dengan pemain Senegal, Iliman Ndiaye (kanan) sejurus tamat perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2022 di Stadium Al-Thumama. – AFP

“Piala Dunia akan tamat tetapi bola sepak akan terus di sini.

“Ia negara bola sepak dan mereka mahu memajukan bakat muda sebelum diserap ke skuad senior. Kami boleh terus menyaingi dengan pasukan lain di Asia.

“Dengan itu, kami akan mendapat lebih pengalaman dan beraksi dalam banyak kejohanan seperti ini,” kata pengendali dari Sepanyol yang membawa Qatar menjulang Piala Asia 2019.

Qatar melengkapkan jadual kumpulan dengan Belanda, Selasa ini dan bagi Sanchez ia peluang untuk pemainnya menimba pengalaman menentang pasukan hebat Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya