Pertembungan Iran, AS ‘panas’

Pertembungan Iran, AS ‘panas’

PEMAIN Amerika Syarikat menjalani latihan akhir semalam dalam persiapan menghadapi perlawanan 'panas' menentang Iran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Tindakan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) membuang perkataan ‘Allah’ dalam bendera Iran dilihat sebagai ‘perang psikologi’ yang memanaskan pertembungan dua pasukan itu dalam aksi terakhir Kumpulan B esok.

Dengan kedua-dua pasukan masih berjuang untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati pada Piala Dunia 2022, masalah politik turut diheret ke padang bola dalam usaha mereka melakukan apa sahaja yang mampu menggugat fokus lawan.

Ini bukan kali pertama Iran berdepan ‘serangan’ yang tidak berkaitan dengan bola dalam kempen Kumpulan B.

Mereka sebelum ini turut diserang media England dengan isu luar padang apabila di­ajukan soalan bertubi-tubi mengenai protes yang berlaku di tanah air ekoran isu wanita.

PERKATAAN ‘Allah’ yang terdapat di bendera Iran telah dibuang dalam kedudukan perlawanan di laman web Amerika Syarikat.

Semalam, Iran membuat aduan kepada badan bola sepak dunia, FIFA ekoran tindakan AS membuang perkataan Allah daripada bendera mereka di laman web rasmi USSF dengan menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

AS yang seri dalam dua perlawanan pertama menentang Wales dan England memerlukan kemenangan untuk mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati.

Iran yang dibelasah 6-2 oleh England tetapi bangkit mengejutkan Wales 2-0 dalam aksi kedua hanya perlu seri untuk menamatkan aksi Kumpulan B dalam kelompok dua terbaik.

PEMAIN Iran ketika meraikan kemenangan ke atas Wales.

“Ada kalanya maruah kami dicalar. Selepas perlawanan pertama yang menyakitkan, kami bangkit dalam aksi kedua.

“Inilah wajah Iran yang sebenar. Kami bersatu, bangkit dan melawan,” kata pengendali Iran, Carlos Queiroz.

Provokasi sebegini bukanlah sesuatu baharu mengambil kira ketegangan politik antara kedua-dua buah negara.

Pada Piala Dunia 2018 di Russia, akhbar Iran menggelar AS ‘Syaitan Besar’ dalam tajuk utama berita selepas menewaskan negara itu 2-1. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya