DOHA: Peminat yang menghadiri perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 menerima hadiah istimewa daripada tuan rumah.
Kejohanan terbesar dalam bola sepak bermula kelmarin dengan negara tuan rumah, Qatar tewas 0-2 kepada Ecuador.
Dua jaringan Enner Valencia sudah cukup untuk membawa pasukan Amerika Selatan itu memulakan kempen Kumpulan A dengan langkah kanan.
Juruhebah stadium di Stadium Al Bayt mendakwa 67,000 orang hadir untuk melihat penutup tirai itu – walaupun kapasitinya hanya 60,000 orang.
Bagaimanapun, bagi peminat yang benar-benar pergi ke perlawanan itu, mereka mendapat sedikit kenang-kenangan – termasuk minyak wangi.
Seorang penyokong berkongsi gambar beg istimewa yang berisi bola, botol, bendera dan lencana pin sebagai sebahagian daripadanya, di Twitter.
Bersama-sama dengan gambar, mereka menulis: “Qatar telah berjanji untuk menjadikan Piala Dunia FIFA 2022 sebagai satu kenangan. – AGENSI