Pengadil Piala Dunia layangkan 10 kad merah

Pengadil Piala Dunia layangkan 10 kad merah

FACUNDO Tello ketika mengendalikan aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di anatra Brazil menentang Paraguay pada 1 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Facundo Tello yang bakal menjadi pengadil Piala Dunia 2022, mencuri tumpuan apabila mela­yangkan 10 kad merah ketika me­ngendali final Piala Juara Argentina yang me­nyaksikan Boca Junior tewas 1-2 kepada Racing Club semalam.

Ke­dua-dua pasukan beraksi de­ngan 10 pemain selepas pergaduhan berlaku antara pemain Boca, Sebastian Villa dan Johan Carbonero dari Racing pada waktu kecederaan ketika permainan terikat 1-1.

Memasuki masa tambahan, Alan Varela menjadi pemain ketiga dibuang padang kerana mendesak pengadil memberi sepakan penalti selepas mendakwa bola terkena tangan pemain Racing.

Pada minit ke-118, gol kemenangan Carlos Alcaraz mencetus pergaduhan apabila cara pemain itu meraikan gol tidak disenangi.

Facundo Tello melayangkan 10 kad merah dalam satu perlawanan ketika mengadili aksi Boca Junior dan Racing Club semalam.

Insiden tersebut mendorong Tello mengusir lima pemain Boca dan dua pemain Racing.

Lima pemain Boca yang dilayangkan kad merah adalah Luis Advincula, Carlos Zambrano, Diego Gonzales, Frank Fabra dan Dario Benedetto, manakala Catriel serta Alcaraz dari Racing.

Secara keseluruhan, Tello telah mengeluarkan 612 kad kuning dan 45 kad merah ketika mengadili 118 perlawanan Liga Utama Argentina, namun dia antara pengadil terbaik di Amerika Selatan.

Pada September lalu, Tello memberi enam kad ku­ning dan tiga kad merah ketika Racing meraih kemenangan 1-0 ke atas Atletico Platense. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya