PETALING JAYA: Persatuan badminton Malaysia (BAM) mengesahkan gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See mengambil keputusan untuk mengundur diri dari badan induk itu.
Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh dalam satu sidang media di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara sebentar tadi.
Bagaimanapun kedua pemain itu masih bersama dengan BAM sehingga tamat notis pengunduran diri sehingga 30 November.
Sebelum ini, seorang lagi pemain beregu campuran negara, Peck Yen Wei turut umum pengunduran diri dari badan induk itu pada Isnin lalu. – UTUSAN ONLINE