Pemain, peminat Jepun jadi bualan kerana pembersih

Pemain, peminat Jepun jadi bualan kerana pembersih

KEADAAN bilik persalinan Jepun yang dikemas rapi selepas digunakan ketika perlawanan menentang Jerman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jepun membawa pakej lengkap ke Piala Dunia Qatar 2022, mereka bukan sahaja melakar kemenangan mengagumkan malah, turut meninggalkan memori dan tanggapan baik terhadap skuad serta peminat Negara Matahari Terbit itu yang terbukti insan pembersih.

Pasukan yang terkenal dengan gelaran Samurai Biru itu mengikut jejak langkah satu lagi pasukan dari Asia, Arab Saudi melakukan kejutan pada aksi pertama mereka apabila menundukkan juara empat kali Jerman 2-1 dalam pertembungan Kumpulan C semalam.

Bagaimanapun, apa yang menarik ialah, skuad Jepun meninggalkan bilik persalinan yang digunakan mereka dalam perlawanan itu yang dikemas rapi seolah-olah seperti belum digunakan lagi.

Anak buah Hajime Moriyasu itu juga meninggalkan beberapa paket makanan yang masih elok, minuman air mineral, beberapa helai kemeja-t serta origami iaitu satu seni Jepun untuk melipat kertas kepada bentuk dan gambar hiasan.

Keadaan yang kelihatan tersusun dan bersih dalam bilik persalinan skuad Jepun di Stadium Antarabangsa Khalifa itu dikongsikan sebuah portal berita SportBible yang berpangkalan di Manchester, England menerusi akaun Twitternya.

Perkongsian itu mendapat maklum balas netizen yang kebanyakannya memuji serta kagum dengan sikap terpuji pemain dan kakitangan skuad Jepun yang tidak meninggalkan sebarang sampah atau kotoran di bilik persalinan mereka.

“Jepun tidak pernah gagal memenangi hati kita,” kata Wajid Iqbal Ahmed yang membalas ciapan asal itu.

Sementara itu, seperti kebiasaan, penyokong Jepun tidak pernah terlepas untuk berbakti selepas menonton perlawanan dan kali ini mereka tidak meninggalkan Stadium Antarabangsa Khalifa selagi tidak membersihkan sampah sarap dan sisa makanan yang ditinggalkan penyokong selepas perlawanan .-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya