Pelatih NHDP meninggal dunia

Pelatih NHDP meninggal dunia

Mendiang Bill Wolfson Anak Lianie (kanan) bersama bekas penjaga gol kebangsaan, S.Kumar. Foto: Ihsan KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Klinik Penjaga Gol Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) menerima tamparan apabila mendapatkan perkhabaran mendukacitakan mengenai salah seorang pelatihnya, Bill Wolfson Anak Liane yang meninggal dunia pagi ini.

Mendiang Wolfson adalah salah seorang penjaga gol di Pusat Latihan Daerah NHDP di SMK Penrissen, Kuching terpilih mengikuti klinik penjaga gol yang dikendalikan oleh NHDP di Akademi Hoki Raja Ashman Shah, Ipoh pada 5-6 November 2022 sempena penganjuran Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2022. Mendiang ditemani oleh Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak Cik Wilina Mac Carina Anak Wilson.

Mendiang difahamkan bersama rakannya baru selesai mandi pagi apabila mendiang mengadu tidak selesa dan berasa akan pitam dan secara tiba-tiba rebah dalam biliknya.

Seterusnya, mendiang telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan selepas cubaan menyelamatkannya dilakukan, mendiang telah disahkan meninggal dunia dan sehingga kini tidak dapat dipastikan punca kematiannya.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Subahan Kamal bersama Timbalan Presiden KHM, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan KHM, Prof. Dato’ Dr. S. Shamala dan Presiden Persatuan Hoki Negeri Perak, Tuan Haji Sayuti Abdul Samat, turut berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menguruskan Jenazah Mendiang serta menanti ahli keluarga mendiang untuk tiba.

Pihak Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negeri Perak turut membantu pengurusan jenazah. Kesemuanya termasuk rakan-rakan sepelatihnya yang mengikuti klinik tersebut berasa amat dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan Persatuan Hoki Negeri Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya