Maguire jadi bahan lawak peminat Iran

Maguire jadi bahan lawak peminat Iran

SEGELINTIR penyokong Iran mempersendakan Harry Maguire sebelum sepak mula Piala Dunia di Doha kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Segelintir penyokong Iran mengejek pertahanan England, Harry Maguire dengan sepanduk menjelang pertembungan Piala Dunia 2022 antara kedua-dua pasukan kelmarin.

Tindakan mereka itu bagaimanapun tidak menjejaskan Three Lions yang sebaliknya membuka kempen Kumpulan B dengan membelasah Iran 6-2 di di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Sebelum perlawanan bermula, beberapa penyokong Iran yang berkumpul di luar stadium bergambar dengan kain rentang menyindir bintang Manchester United dan England, Maguire.

Salah satu sepanduk berbunyi ‘Ia (kejuaraan) tidak akan pulang kerana kerana Harry Maguire.’

Sementara sepanduk kedua pula tertulis: ‘Harry Maguire ­pertahanan anda mengerikan.’

Pemain berusia 29 tahun itu, yang turut menggalas cabaran England ketika muncul naib juara Eropah 2020 sering menjadi sasaran kritikan kerana prestasinya bersama United musim lalu.

Dia juga sering disisihkan oleh pengendali baharu kelab, Erik ten Hag musim ini.

Maguire hanya muncul dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini di bawah Ten Hag selepas kehilangan tempatnya kepada Lisandro Martinez dan Raphael Varane.

Beberapa hari sebelum England berlepas ke Qatar untuk kempen Piala Dunia, berita tersebar luas mengatakan United mahu melepaskan bekas tonggak Leicester City itu musim panas depan biarpun mengalami kerugian.

Pertahanan tengah itu bergelut untuk mengulangi ­prestasi hebat bersama Leicester, yang mendorong Red Devils membe­linya pada harga 85 juta pound (RM465.52 juta) pada 2019.

Maguire bagaimanapun bermain baik bersama England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya