Maghribi tukar penjaga gol tanpa disedari

Maghribi tukar penjaga gol tanpa disedari

YASSINE Bounou sempat menyanyikan lagu kebangsaan Maghribi sebelum dikeluarkan pada saat akhir ketika menentang Belgium di Stadium Al-Thumama, Doha semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou berbaris seperti biasa bersama rakan-rakan sepasukan dan sempat menyanyikan lagu kebangsaan sebelum sepak pula aksi Piala Dunia 2022 menentang Belgium semalam.

Selepas seri 0-0 dengan Croatia, Maghribi memasuki perlawanan kedua dengan me­ngetahui keputusan positif akan mengekalkan impian mereka untuk ke peringkat kalah mati.

Bounou berada dalam ke­sebelasan utama ketika mengekang asakan Croatia, dan tidak mengejutkan apabila namanya disenaraikan untuk menentang Belgium, yang berada di ­ranking kedua dunia.

MUNIR El Kajoui bertindak cemerlang membantu Maghribi mengejutkan Belgium 2-0. – AFP

Penjaga gol Sevilla itu keluar bersama rakan sepasukannya dan kamera menyorot wajahnya ketika lagu kebangsaan ­dimainkan.

Bagaimanapun, ketika pasukan mahu mengambil gambar, Bounou sudah tidak kelihatan lagi, sebaliknya Munir El Kajoui berdiri di samping pasukan.

Lucunya ketika Munir menyelamatkan percubaan Michy Batshuayi, lima minit selepas perlawanan bermula, pengulas memberi kredit kepada Bounou.

Ia mengambil masa sehingga minit ke-38 sebelum BBC akhirnya menyedari bukan Bounou yang berada di atas padang.

Maghribi akhirnya menjelaskan, pertukaran dibuat di saat akhir selepas Bounou mengadu me­ngalami masalah mata. Pasukan itu menang 2-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya