Liek Hou jadi juara dunia lagi

Liek Hou jadi juara dunia lagi

CHEAH LIEK HOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila menambah koleksi kejuaran dunia dalam kariernya selepas mengungguli kategori SU5 dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Kebangsaan Yoyogi, Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya menafikan hasrat seteru utamanya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan keputusan 21-14, 21-12 dalam tempoh 33 minit untuk menjadikan ini gelaran ketujuhnya sebagai juara dunia.

Liek Hou berpeluang untuk menggandakan gelarannya untuk kejohanan kali ini apabila bakal turun sebentar lagi dalam acara beregu lelaki bersama Mohd Faris Azri dan akan berentap sekali lagi dengan Dheva yang berpasangan dengan Hafizh Brliansyah Prawiranegara.

Satu lagi aksi perlawanan akhir bagi acara beregu lelaki kerusi roda kategori WH1-WH2 membabitkan gandingan negara iaitu Noor Azwan Noorlan dan Ikhwan Ramli terpaksa akur setelah dikecewakan gandingan Jerman, Rick Cornell Hellman – Thomas Wandschneider dengan keputusan 21-11, 21-15 – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya