Kehadiran Bonnie suntik semangat Azri raih emas

Kehadiran Bonnie suntik semangat Azri raih emas

WAN Nur Azri Wan Azman (tengah) bersama idolanya, Bonnie Bunyau Gustin (dua, kanan) selepas memenangi pingat emas powerlifting kategori 97kg pada Para Sukma 2022 di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam. - IHSAN JBS KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran juara dunia dan Paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin menaikkan semangat Wan Nur Azri Wan Azman untuk merangkul pingat emas Para Sukan Malaysia (Sukma) semalam biarpun belum pulih sepenuhnya daripada kece­deraan otot bahu.

Atlet powerlifting Kelantan itu menyempurnakan angkatan 130 kilogram (kg) untuk mengungguli kategori 97kg di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan.

Pingat perak pula dimena­ngi Shaifudin Mahsar dari Johor yang melakukan angkatan 85kg, manakala gangsa milik Ku Dzulljalally Ku Abidin dari Kedah dengan 45kg.

Angkatan 130kg yang dilakukan Azri jauh lebih rendah berbanding yang dicatat pada Sukan Para ASEAN di Solo, Indonesia baru-baru ini, yang menyaksikan atlet berusia 25 tahun itu menyempurnakan angkatan 173kg untuk memenangi pingat perak buat Malaysia.

WAN Nur Azri Wan Azman bersama pingat emas yang dimenangi dalam powerlifting 97 kilogram di Kampung Pandan semalam. – MINGGUAN/AIZAWATI AHMAD

Menjadikan Bonnie sebagai idola, Azri berkata, dia tetap berpuas hati de­ngan catatan dilakukan memandangkan baru pulih daripada kecederaan.

“Saya ditimpa kecederaan selepas pulang dari Solo dan kecegasan yang belum mencapai 100 peratus menyebabkan angkatan hari ini jauh lebih rendah tetapi saya tetap puas hati.

“Saya kalau boleh hendak menjadi seperti Bonnie tetapi dia terlalu hebat, sukar untuk menandinginya.

“Namun, siapa tahu satu hari nanti saya mampu jadi ­sehebat dia bergelar juara dunia,” katanya.

Bercakap pula tentang sasarannya selepas ini, Azri yang gemar mengisi masa lapang bermain permainan PUBG menjelaskan, fokusnya ialah untuk beraksi pada Para Asean di Kemboja, tahun depan dan berharap kecederaan tidak menjadi penghalang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya