Jerman ‘mati’ jika kalah lagi

Jerman ‘mati’ jika kalah lagi

PEMAIN J erman menjalani latihan akhir di Stadium Al Shamal, Doha semalam menjulang aksi kedua Piala Dunia menentang Sepanyol esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jerman berjanji untuk meningkatkan kekuatan di semua posisi kerana kekalahan kepada pasukan yang sedang ‘mengamuk’, Sepanyol esok bermakna mereka akan diten­dang awal daripada Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Memegang reputasi sebagai juara empat kali, kekalahan mengejut kepada Jepun pada aksi pembukaan menyebabkan anak-anak buah Hansi Flick hanya menunggu masa untuk rebah jika gagal bangkit di ­Stadium Al Bayt.

Melihat prestasi Sepanyol yang luar biasa di awal ­saingan apabila membelasah Costa Rica 7-0, skuad Die Mannschaft yang kalah 1-2 kepada Jepun berdepan laluan yang amat getir.

Penyerang Jerman, Kai Havertz menegaskan, pasukannya akan memulakan permai­nan dengan menyerang, memecut dan mencari gol seawal mungkin untuk mencerahkan kemenangan.

Legenda Jerman, Jurgen Klinsmann pula mengakui, juara 2014 itu memerlukan keajaiban untuk menang.

“Kemenangan 7-0 yang dilakar Sepanyol ke atas Costa Rica isyarat jelas bahawa mereka berada pada prestasi terbaik.

“Penting untuk semua pemain bersatu, menyokong satu sama lain, turun dengan kemahuan paling tinggi untuk memburu kemenangan.

“Sekarang kami perlu menghadapi Sepanyol dengan prestasi sebenar dan memecut sebaik sahaja memulakan perlawanan. Ia sangat sukar, namun kami sudah bersedia,” kata Havertz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya